Kekeliruan Penggunaan Frasa "Oleh sebab" dan "Oleh kerana"
BAGI yang belum sedar akan permasalahan ini, mereka mungkin berasa hairan selepas membaca tajuk entri di atas. Berlainan pula dengan mereka yang sudah pun tahu, mereka mungkin akan tersenyum tetapi masih berminat untuk membaca atas alasan pengukuhan ilmu semata-mata.
Entri kali ini memberi peluang kepada saya untuk menyimpulkan pendapat kebanyakan ahli linguistik bahasa Melayu yang mengatakan bahawa penggunaan frasa "oleh kerana" (yang biasa kita tahu) adalah salah. Yang sebetulnya ialah frasa "oleh sebab".
Contoh Ayat:
(a) Oleh sebab itu, saya terpaksa berhutang dengan ceti haram. (betul)
(b) Oleh kerana itu, saya terpaksa berhutang dengan ceti haram. (salah)
Alasan:
1. Kata "oleh" merupakan kata sendi nama. Dalam konteks pembinaan ayat, kata sendi nama "oleh" perlulah diikuti oleh kata nama untuk membentuk frasa sendi nama.
2. Lihat contoh ayat (a) dan (b). Kekeliruan di sini ialah perihal memastikan sama ada kata "sebab" dan "kerana" tergolong dalam golongan kata apa. Yang pasti, salah satunya mesti berfungsi sebagai kata nama untuk membentuk frasa sendi nama.
3. Kebanyakan orang mengetahui bahawa kata ''sebab'' dan ''kerana'' ialah kata hubung, tetapi hanya segelintir sahaja yang mengetahui bahawa kata "sebab" juga boleh berfungsi sebagai kata nama.
4. Sila lihat contoh ayat di bawah:
Kata "sebab" dan "kerana" berfungsi sebagai kata hubung.
(c) Saya memukulnya sebab dia terlalu degil. (betul)
(d) Saya memukulnya kerana dia terlalu degil. (betul)
Kata "sebab" berfungsi sebagai kata nama.
(e) Dia gagal memberikan sebab dia tidak hadir ke sekolah semalam. (betul)
(f) "Berikan saya sebab kamu tidak solat Subuh pagi tadi," kata Anwar kepada Saiful. (betul)
5. Jika kata "kerana" digunakan dalam ayat (e) dan (f), sudah pasti berlaku kesalahan yang nyata kerana kata hubung "kerana" tidak dapat berfungsi sebagai kata nama sebagaimana kata hubung "sebab".
Oleh hal yang demikian, frasa "oleh sebab" seperti dalam binaan ayat (a) adalah tepat berdasarkan alasan yang dikemukan. Jadi, betulkan yang biasa, biasakan yang betul!
Allahumma Solli 'Ala Muhammad Wa'ala Ali Muhammad.
Boleh Klik
Oleh hal yang demikian, frasa "oleh sebab" seperti dalam binaan ayat (a) adalah tepat berdasarkan alasan yang dikemukan. Jadi, betulkan yang biasa, biasakan yang betul!
Allahumma Solli 'Ala Muhammad Wa'ala Ali Muhammad.
kecaknaan kepada kesilapan yang lazim dilakukan, wajar dalam kalangan guru Bahasa Melayu dan bakal-bakal guru Bahasa Melayu...
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian... mohon dikongsi...
Silakan.
ReplyDeleteKhalil, aku nak tanya satu benda. Ada hukum tatabahasa tertentu tak atas penggunaan perkataan 'untuk' dan 'bagi'.
ReplyDeleteAku selalu keliru. Dalam pruf manuskrip, banyak perkataan 'untuk' digugurkan, dan digantikan dengan perkataan 'bagi'.
Tak tahu mana salahnya.